Tuesday, May 13, 2014

Koleksi Tudung Half Moon

Salam ada yang cakap kenapa dia pakai tudung cantik tapi bila kita pakai tak cantik.ehhh yer ker Kadang2 perasaan kita saja kot. sebenarnya bila dah pakai sama saja penampilan.mungkin bila nampak cantik apabila digayakan model yang dah mmg cantik dan tinggi lampai. Tapi tak semestinya bila kita yg pakai tak cantikkan?? Cuba dulu baru tahu..mesti cun dan menawan.
Antara tips yang boleh dijadikan panduan:

1.Cari fabrik tudung yg mudah dibentuk dan senang dipakai.tak kiralah kain jenis apa janji kita sendiri selesa bila diletakkan atas kepala.
Ada org selesa dgn sifon, kapas, bawal, lycra dan macam2 lagi fabrik kat pasaran. Terpulang pd. Pilihan masing2 kerana sama seperti cantik selesa itu juga subjektif.

2. Rekaan tudung yg pelbagai juga memudahkan untuk mencari mana yg sesuai. Ada syria, sengkuap dan shawl, bawal dan sekarang yg tengah hot shawl half moon.sebab apa dipanggil half moon kerana bentuknya apabila dipakai sangat senang terbentuk. Memang tak payah susah lagi nak buat macam2 gaya. Tudung sebegini juga sesuai untuk wanita bekerjaya yg tiada masa melilit dan membentuk tudung. Hasilnya sangat menawan.

3.Tip paling berguna pastikan pilih tudung sesuai baju. Sekiranya baju polos, tudung atau selendang bercorak adalah sgt sesuai digayakan. Sekiranya baju bercorak pilihlah tudung polos yg akan menyerlahkan penampilan anda.

4.Jangan buat lilitan yang anda sendiri tak selesa atau terlalu advance. Misalnya letak bunga kat kepala atau jenis turban yg anda sendiri tak selesa menggayakannya. Ingat bersederhana itu lebih baik.

5.Yang terakhir dan paling penting saja admin letak kt bawah iaitu tudung dan selendang haruslah menutup aurat.Haruslah labuh menutup dada. Lagi labuh lg bagus.

Itu saja tips untuk hari ini moga mendapat manfaat.

No comments:

Post a Comment