Tuesday, April 22, 2014

warna blocking trend 2014

 Warna Blocking memikat

 paduan warna yang berani
 Anggun memikat
 Tidak terkecuali wanita Muslimah
 fabrik cotton warna blocking sesuai digayakan untuk aidilfitri

Kalau dulu melihat wanita yang mengenakan pakaian daripada rona bertentangan dianggap pelik dan seperti tidak kena. kalau boleh semua mahu sedondon daripada hujung rambut sampai kaki. kalau baju hijau, kasut dan beg, tangan juga perlu daripada rona yang sama. kalau tak sewarna dianggap 'tidak in"
Tetapi sejak 2-3 tahun kebelakangan ini warna blocking mengambil alih pasaran.  
Ianya menggunakan kombinasi warna yang keseluruhan bertentangan untuk menghasilkan karya seni fesyen yang sangat berani dan menonjol.   Peraturannya sangat simple dan susah untuk seseorang itu tersalah langkah dlm membuat pilihan.
Malah tudung sekarang juga banyak menggunakan konsep ini dengan gabungan warna terang seperti biru dan merah jambu, kuning dan hijau, ungu dan hijau.
antara gabungan warna blocking yg memikat:

Pink + Pasterl: 'chic', bergaya & ringkas
Kuning + Biru + Pink: manis & menggembirakan
Merah + Pink: berani & ayu
Biru + Merah + Kuning: ranggi & bersahaja
Merah + Kuning: berani mengambil risiko, bergembira & bijak bergaya
Biru + Merah: setia & klasik
Kuning + Biru: ceria tetapi klasik
Biru + Oren: bebas & penyayang
Magenta + Hijau: tenang & feminin
Ungu + Kuning + Biru: berani & humor
Pink + Ungu + Merah: setia & sofistikated
Kuning + Hijau: tenang & pendam perasaan
Oren + Pink: comel, gembira & artistik
Kuning + Oren: mesra & peramah

** Ia turut menjurus kepada wanita Muslimah.

No comments:

Post a Comment