Wednesday, May 14, 2014

Koleksi tudung Shawl Halfmoon Lycra

SHAWL HALFMOON COTTON LYCRA – senang dibentuk tidak perlu digosok

KOD : DSP004
MATERIAL : COTTON LYCRA
COLOR : PURPLE MIX PINK FLORAL
PRICE : RM39 (tidak termasuk pos)


Tuesday, May 13, 2014

Koleksi English Cotton

English cotton
4 meter
fabrik lembut, tidak panas dan kurang kedut.

Koleksi Plain Cotton Satin

Saya suka melihat wanita memakai busana polos kerana tampakl lebih anggun menawan. Saya juga sering memilih pakaian polos untuk digayakan pada Aidilfitri kerana mudah dipadankan dengan tema warna keluarga. Apa yang penting bagi mereka yang ingin bergaya sedondon fabrik polos adalah jawapan. Agar tidak nampak kosong taburi dengan manik atau jemeki. Boleh juga disulam biasa atau kerawang atau trend sekarang dijahit renda.

Cotton satin Vietnam, 4 meter, kain lembut, tidak panas dan kurang berkedut. Pelbagai warna pilihan disediakan.

 

Koleksi Kain Cotton Korea

Bila tengok fabrik Korea cotton ehhh ehh..cantiknya. Rambang mata mana satu pilihan hati. Warna yang lembut bersama corak bunga menjadikan si pemakai tampil sweet dan ayu. Apakah bezanya antaranya English dan Korea Cotton selain corak, warna dan fabriknya juga ada perbezaan. Korea cotton lebih eksklusif coraknya kerana tidak terlalu padat.

Korea Cotton
Fabrik 4 meter
lembut, tidak panas dan kurang kedut.



Koleksi Tudung Half Moon

Salam ada yang cakap kenapa dia pakai tudung cantik tapi bila kita pakai tak cantik.ehhh yer ker Kadang2 perasaan kita saja kot. sebenarnya bila dah pakai sama saja penampilan.mungkin bila nampak cantik apabila digayakan model yang dah mmg cantik dan tinggi lampai. Tapi tak semestinya bila kita yg pakai tak cantikkan?? Cuba dulu baru tahu..mesti cun dan menawan.
Antara tips yang boleh dijadikan panduan:

1.Cari fabrik tudung yg mudah dibentuk dan senang dipakai.tak kiralah kain jenis apa janji kita sendiri selesa bila diletakkan atas kepala.
Ada org selesa dgn sifon, kapas, bawal, lycra dan macam2 lagi fabrik kat pasaran. Terpulang pd. Pilihan masing2 kerana sama seperti cantik selesa itu juga subjektif.

2. Rekaan tudung yg pelbagai juga memudahkan untuk mencari mana yg sesuai. Ada syria, sengkuap dan shawl, bawal dan sekarang yg tengah hot shawl half moon.sebab apa dipanggil half moon kerana bentuknya apabila dipakai sangat senang terbentuk. Memang tak payah susah lagi nak buat macam2 gaya. Tudung sebegini juga sesuai untuk wanita bekerjaya yg tiada masa melilit dan membentuk tudung. Hasilnya sangat menawan.

3.Tip paling berguna pastikan pilih tudung sesuai baju. Sekiranya baju polos, tudung atau selendang bercorak adalah sgt sesuai digayakan. Sekiranya baju bercorak pilihlah tudung polos yg akan menyerlahkan penampilan anda.

4.Jangan buat lilitan yang anda sendiri tak selesa atau terlalu advance. Misalnya letak bunga kat kepala atau jenis turban yg anda sendiri tak selesa menggayakannya. Ingat bersederhana itu lebih baik.

5.Yang terakhir dan paling penting saja admin letak kt bawah iaitu tudung dan selendang haruslah menutup aurat.Haruslah labuh menutup dada. Lagi labuh lg bagus.

Itu saja tips untuk hari ini moga mendapat manfaat.